UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Nak Beli Tag Kesihatan Ini Untuk COVID-19? Batalkan Saja Hasrat Itu Kerana...

Hanafis Haris 31/03/2020 | 07:35 MYT
Baru-baru ini viral beberapa gambar memaparkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa individu penting memakai satu tag kesihatan.
Penggunaan tag ini dikatakan mampu melindungi diri daripada jangkitan kuman dan virus dalam jarak 1 meter.
Kenyataan berkenaan sekali gus mencetuskan rasa teruja pengguna untuk membeli dan mencuba tag tersebut.
Malah, tinjauan Gempak di media sosial juga mendapat terdapat segelintir pengguna mula bertanyakan lokasi atau premis ada menjual tag tersebut.
Namun, menurut laman Facebook Pusat Racun Negara, informasi mengenai keberkesanan tag tersebut adalah tidak benar.
Menerusi satu posting, Pusat Racun Negara menjelaskan tiada kesan pembasmian kuman atau virus yang berlaku.
"Pemakaian 'health tag' adalah tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada apatah lagi COVID-19.
"Chlorine Dioxide merupakan gas yang bersifat merengsa terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.
"Apa yang lebih dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.
"Akibatnya pemakai mungkin akan bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan penjarakan sosial," kata pengendali akaun tersebut.
Pada anda yang berhasrat untuk membeli produk ini, jangan lah mudah terpedaya.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Viral #Viral #COVID 19 #Tag Kesihatan
;