Gaya Hidup
"Nak Beranak Bukan Shopping"- Disebabkan Pengering Rambut, Shima Anuar Dikecam Netizen!
Pelakon Shima Anuar kini menanti detik untuk melahirkan cahaya mata kedua apabila kandungannya hampir memasuki sembilan bulan.
Perkara itu dikongsi menerusi satu entri di Instagramnya yang turut memaparkan senarai barangan kelengkapan yang bakal digunakan di hospital.
Terdapat 16 senarai barangan yang bakal dibawa termasuklah baju tidur, seluar, kain batik, tuala, stokin dan banyak lagi.
Namun, dalam kesemua senarai itu terdapat barangan yang telah mengundang kecaman netizen.
Barangan yang dimaksudkan adalah pengering rambut.
Biarpun telah menjelaskan mengapa barang itu dibawa, namun ia tidak menghalang sesetengah netizen yang meninggalkan komen berbaur negatif.
Ada netizen menganggap membawa pengering rambut terlalu berlebihan dan tidak kurang juga yang melabel Shima dengan panggilan yang kurang sopan.
Anda boleh lihat sebahagian komen yang di bawah:
Untuk pengetahuan anda, Shima telah bernikah dengan pasangannya Mohd Solih pada 8 April 2017.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata pertama pada 12 Disember 2017 yang diberi nama Marian Sophia Mohd Solih.
Apapun, Gempak mendoakan agar Shima selamat melahirkan cahaya mata keduanya!
Must-Watch Video