Hiburan
“Nak Berapa Ramai Lagi ‘Pergi’ Baru Nak Dengar Cakap? Yang Masih Keluar Melepak Kerana Rasa Diri Kebal Kalian Adalah…– Taufiq Hanafi
Pelakon filem Paskal, Taufiq Hanafi meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir masyarakat yang masih ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Taufiq menerusi entrinya di laman sosial Facebook (FB) terkilan kerana walaupun disaat kematian akibat COVID-19 semakin meningkat, masih ramai yang tidak berusaha untuk mengikut saranan kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.
“Total da 14 kematian, nak berapa ramai lagi "pergi" baru nak dengar cakap..Dua minggu je duduk rumah susah ke nak dengar untuk putuskan rantaian COVID-19?
“Lepas semua da back to normal, keluarlah 24 jam tak payah!,” luahnya pada Isnin.
Selain itu, Taufiq turut mengucapkan terima kasih kepada frontliner yang bertungkus lumus dan berkorban demi membantu rakyat Malaysia dan menanggap mereka sebagai wira negara.
Dia turut mendoakan agar wira negara ini terus diberi kekuatan untuk terus membantu rakyat.
“Sektor yang terpaksa kerja bagi membantu rakyat Malaysia, terutama frontline..Anda adalah WIRA kami. Kami doakan supaya anda di beri kekuatan untuk membantu rakyat Malaysia. Terima kasih kepada anda wira.
“Yang bekerja di sektor yang di benarkan jagalah diri kerana anda akan berhadapan dengan orang awam yang anda tidak kenal dan tidak tahu tahap kesihatan semua…Stay safe guys!,” tulisnya.
Pelakon berusia 29 tahun tersebut juga berang terhadap ‘golongan degil’ yang masih keluar melepak dan menyifatkan mereka mementingkan diri sendiri.
“Yang masih keluar just nak MELEPAK kerana anda rasa diri anda kebal, kalian adalah orang yang sangat selfish dan semoga pilihan anda untuk tidak patuhi arahan, mendapat balasan yang setimpal. Kang doa yang bukan-bukan di manipulated lak,” katanya.
Kepada anda semua, #dudukrumah tak bosan kalau anda muat naik aplikasi Astro GO. Tunggu apa lagi? Tak perlu rebut alat kawalan jauh, dapatkan di Apple Store dan Google Play sekarang!
Must-Watch Video