,
Hiburan

“Nak Bercinta Biar…”- Betty Banafe Nasihat Wanita Jangan Terpedaya Dengan Lelaki…

Syafiqah Jalal
10/09/2020
09:53 MYT
Pelakon Betty Banafe menasihati kaum wanita supaya tidak terpedaya dengan lelaki yang suka memuat naik status Islamik di media sosial.
Menurut Betty, 41, adakalanya lelaki sebegitu hanya berpura-pura untuk menarik perhatian wanita.
“Wanita, jangan mudah menaruh harapan kepada seseorang dengan hanya melihat status islamiknya, artikel ilmiah yang di karangnya, gambar facebooknya, di instagram.
“Apatah lagi video yang nampak gerak gerinya. Kadang itu tipu daya yang boleh disunting dan dilakonkan semata mata. Nak bercinta biar kenal hati budi,” katanya.
Betty berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Betty juga menasihati kaum lelaki supaya jangan mempermainkan hati dan perasaan wanita jika tiada niat untuk menikahinya.
“Wahai lelaki, jangan membuat seorang wanita nyaman jika niatnya hanya ingin berteman. Dan jangan membuat seorang wanita jatuh cinta jika tak ada niat untuk menikahinya.
“Wahai wanita, jangan terlalu mudah percaya oleh pujuk rayu dan janji manis seseorang. Ingatlah, yang berkilau itu belum tentu emas,” nasihatnya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.
Betty kini merupakan ibu tunggal kepada sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.
Ia hasil perkahwinannya dengan bekas suami Bruce Dargus disahkan bercerai pada 10 Julai 2019.
Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bekas Suami Minum Ketum, Pelakon Wanita Dedah Sudah Bercerai Lafaz Taklik - "Saya Dah Penat Simpan"

gempak
02/10/2024
09:55 MYT
Pelakon drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu, Mimie Ara tampil mendedahkan bahawa dirinya sudah bercerai dengan bekas suami sejak tahun lalu.
Hiburan

Muncul IG Baharu Nur Fatima Aisya, Hanya 'Collab' Ucapan Hari Jadi Dengan Fazura

gempak
02/10/2024
08:25 MYT
Instagram yang menggunakan nama @nurfatimaisya itu berkongsi nukilan khas sempena hari istimewa Fatima.
Viral

Pengantin Perempuan Batalkan Majlis Kahwin Saat Akhir, Keluarga Belah Lelaki Terpaksa Tebalkan Muka - “Pelamin Yang Indah Namun Jiwaku Gelap”

gempak
02/10/2024
05:55 MYT
Tular beberapa video di TikTok memperlihatkan sebuah keluarga dalam keadaan bersedih tetap meneruskan majlis perkahwinan tanpa dihadiri pengantin perempuan.
Hiburan

EKSKLUSIF: Jofliam Jawab Status Sebenar Rumah Tangga Dengan Cik Epal - “Sudah Lafaz Taklik, Selebihnya Serah Pada Mahkahmah..."

gempak
01/10/2024
23:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh, Jofliam tampil menjelaskan status perkahwinan bersama Cik Epal.
Hiburan

Bawa Pembantu Peribadi Ke Milan, Netizen Anggap Jofliam Tak Jaga Hati Cik Epal? - “Walaupun Dah Bercerai..”

gempak
01/10/2024
02:25 MYT
Isu rumah tangga pasangan usahawan dan pempengaruh Jofliam dan isterinya, Cik Epal menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak pendedahan yang dibuat Jofliam baru-baru ini.
BorakSeeni