TERKINI
Nak Bercuti Ke Jepun? Ketahui 5 Perkara Mengenai Masyarakat Negara Matahari Terbit!
Negara Jepun merupakan destinasi pelancongan yang sering menjadi pilihan pelancong.
Bersih dan menarik, negara ini juga mesra untuk pelancong dan menjadi sebutan penggembara, tak kira dari kalangan pengembara solo, berkumpulan bersama rakan-rakan atau keluarga.
Gempak senaraikan lima perkara mengenai masyarakat Jepun untuk anda semak!
1. Bersih! Jika anda melawat ke Jepun, pastinya sukar untuk anda melihat sampah bertaburan di tepi jalan kerana rakyat Jepun sememangnya pembersih! Rakyat Jepun akan membawa bag plastik ke mana-mana sahaja kerana mereka akan membuang sampah mereka ke dalam bag plastik itu.
2. Mereka sangat mementingkan masa. Rakyat Jepun mempunyai disiplin tinggi dan masa merupakan salah satu keutamaan mereka. Pengangkutan awam di sana seperti bas dan kereta api laju sangat menepati masa. Tidak akan terlewat atau terlambat, kenderaan akan tiba mengikut waktu yang ditetapkan!
3. Jujur dan amanah! Seringkali kita dengar jika pelancong yang kehilangan barang seperti kamera atau telefon pintar di Jepun, pastinya mereka akan mendapatkan kembali barang yang hilang itu. Mereka sangat menjunjung integriti yang tinggi!
4. Jurang bahasa! Kebanyakan rakyat Jepun sukar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tetapi jangan risau kerana mereka sangat ringan tulang dan akan bersusah payah untuk membantu pelancong!
5. Masyarakat Jepun sangat berdikari! Jangan terkejut kalau anda melancong ke sana, anda ternampak kanak-kanak Jepun pergi ke sekolah sendiri tanpa di hantar oleh orang tua mereka. Semenjak kecil juga mereka diajar bagaimana untuk melakukan kerja-kerja rumah sehingga mampu bergantung ke atas diri sendiri.
Impian anda untuk melancong dengan pakej yang murah dan berpatutan, kini termakbul!
Dengan pelancaran platform E-travelfair pada 2 September ini akan menawarkan pelbagai pakej-pakej pelancongan khas untuk anda!
Kredit foto: PulitzerCentre, CultureTrip, HubJapan, JapanRailPass