Laman Utama

“Nak Berdakwah Di Media Sosial Boleh, Tapi…” - Ini Nasihat Dr Zulkifli Untuk Selebriti Yang Mahu Kupas Isu Agama

gempak
Hanafis Haris
19/08/2020
13:12 MYT
Sponsor Banner
“Nak Berdakwah Di Media Sosial Boleh, Tapi…” - Ini Nasihat Dr Zulkifli Untuk Selebriti Yang Mahu Kupas Isu Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan kepada semua selebriti yang mahu berdakwah di media sosial supaya memahami terlebih dahulu apa yang cuba disampaikan.

Menurut Dr Zulkifli, penyebarkan kalimah-kalimah serta nasihat yang baik amat digalakkan dan harus diteruskan dari semasa ke semasa.

Namun jelasnya, dalam saat kita mahu berdakwah atau mengemukakan pandangan, isu tersebut haruslah diteliti dan difahami secara menyeluruh.

“Sekurang-kurangnya tahu dan faham dahulu isu yang dengan baik dan lebih terperinci.

“Ini penting supaya tidak timbul keraguan dan kesangsian atau lebih parah apabila maklumat itu silap dan salah,” katanya.

Menurutnya, selain itu juga nada dalam penyampaian itu juga harus betul supaya tidak disalah ertikan.

“Saya syorkan sebarang maklumat yang dikongsi pastikan kesahihan, keabsahan dan kebenarannya.

“Malah nada yang disampaikan juga harus betul supaya tidak membawa pertelingkahan.

“Jika seseorang itu memberikan padangan berlandaskan ilmu, pasti semua yang membacanya selamat.

Dr Zulkifli berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP, malam semalam.6

Program tersebut mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya Dr Zulkifli sebagai tetamu jemputan.

BACA: “Aku Menangis Dengar Doa Ustaz” - Kemunculan Menteri Agama Di MeleTOP Buat Ramai Sebak

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024