“Nak Bergurau Dengan Budak Ikutlah Peringkat…”- Diana Danielle Bidas Guru Melawak Isu Rogol
Syafiqah Jalal
28/04/2021 01:07 MYT
28/04/2021 01:07 MYT
Pelakon Diana Danielle memberi respon terhadap isu guru yang didakwa cuba bergurau dengan isu sexual dengan pelajar yang tular baru-baru ini.
Menurut Diana, sepatutnya guru tersebut perlu tahu bagaimana hendak bergurau mengikut kematangan seseorang.
“Kepada cikgu yang suka cakap merepek dalam kelas... merepek and being sexually inappropriate is different tau.
“Nak bergurau dgn budak ikutlah peringkat kematangan mereka, if they’re children, the jokes you tell your colleagues tak sama dgn jokes kita cakap pada budak sekolah.
“Don't normalize this, pendidiklah yg menjadi contoh dalam sekolah. Kalau bukan mereka, nak harapkan makcik kantin ke?” tegasnya.
Isteri kepada aktor Farid Kamil itu berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik rang undang-undang kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pengantunan kanak-kanak.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapatnya dan memberi pelabagi respon mengenai isu tersebut.
Terdahulu, tular video TikTok seorang pelajar mendakwa seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolahnya telah bergurau keterlaluan sehingga seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol.
Video dan isu pelajar tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuk Ahli Perlimen Pandan, Dr Wan Azizah Ismail yang menggesa Kementerian Penddidikan Malaysia (KPM) segera menyiasat dakwaan mengenai kelakuan guru mata pelajaran pendidikan jasmani itu.