Hiburan

“Nak Berjaya Jangan Sombong” – Siti Nurhaliza Dedah Nilai Murni Di Sebalik Lagu 7 Nasihat

gempak
Azwa Rahman
21/02/2020
10:28 MYT
Sponsor Banner
“Nak Berjaya Jangan Sombong” – Siti Nurhaliza Dedah Nilai Murni Di Sebalik Lagu 7 Nasihat
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan tujuh nilai-nilai yang terkandung di dalam single terbarunya berjudul 7 Nasihat.
Menerusi laman sosial Twitter, Siti atau lebih mesra disapa Tokti baru sahaja melancarkan single terbaru bersama pasangan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta mendedahkan nilai-nilai tersebut menerusi satu kicauan. #7Nasihat #Siti2020
  1. Nak berjaya jangan sombong
  2. Dahulukan hormat
  3. Jaga lidah dan tulisan
  4. Jangan lupa diri
  5. Bersihkan hati
  6. Berbaik budi sesama kita
  7. Ingat pesan yang tua
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya menyokong nilai-nilai murni yang terselit di dalam lagu tersebut.
“Nombor 3 tu berkaitan dengan emosi kemarahan sama ada lidah atau tangan. Apabila marah menguasai diri, banyak mudarat akan berlaku. Yang jadi mangsa mungkin anak-anak, isteri, rakan-rakan atau orang sekeliling,” tulis seorang wargamaya.
“Nombor 8 tu jangan plagiat. Tak menghargai karya orang langsung siapa-siapa yang plagiat tu,” kata seorang wargamaya.
“Suka dengar lagu ni. Teringat dulu sebelum maghrib kalau tak sampai rumah dah ketar kaki nak masuk rumah. Mummy dan daddy tak pernah pukul ke marah teruk-teruk tapi ntahla tak berani hahahaha,” luah seorang wargamaya lagi.
Kicauan 7 Nasihat Tokti itu sehingga kini telah menerima hampir 9,000 ulang kicau dan lebih 10,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Sebelum 7 Nasihat, Tokti baru sahaja muncul dengan single Terang pada November tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024