Berita
“Nak Bermadu Tak?”- Sambut Birthday Aeril Tapi Wawa Zainal Terima Tawaran ‘Madu Soulmate’
Pelakon Wawa Zainal menerima tawaran bermadu oleh seorang warga maya pada hari ulang tahun suaminya, Aeril Zafrel semalam.
Tawaran itu diberikan kepadanya oleh seorang wanita selepas Wawa menerusi akaun Instagram miliknya mahu menawarkan diri untuk menjawab segala persoalan mengenai suaminya.
“Happy birthday again my love. Walaupun plan last minute tapi dapat realisasi kan surprise ni.
“Pertama kali surprise untuk Aeril haha best juga sweet-sweet macam ni rasa macam baru bercinta.
“Sempena birthday Aeril yang ke-32, korang nak tanya apa pasal president TikTok ni? Saya tolong jawab,” tanyanya.
Menerusi entri tersebut, Wawa memuat naik fotonya bersama Aeril ketika kejutan itu dilakukan.
Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata tidak lepaskan peluang untuk bertanya.
Namun apa yang menarik perhatian apabila seorang pengikutnya menwarkan diri untuk menjadi madu atau isteri kedua Aeril.
“Nak madu tak? Madu soulmate,” tanya netizen tersebut.
Bagaimana Wawa membiarkan persoalan yang ditanyakan itu tanpa jawapan.
Walau bagaimanapun, Wawa hanya menjawab satu soalan iaitu mengenai tambah cahaya mata dalam keluarganya.
“Nak tambah baby lagi tak?” tanya salah seorang pengikutnya.
Wawa menjawab "nak" untuk persoalan tersebut.
Sekadar info, Aeril, 32, dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.