Hiburan
“Nak Buat Apa Layan Komen Negatif, Penat Nanti Diamlah...” – Fatin Afeefa
Pelakon Fatin Afeefa mengakui tidak gemar berkongsi atau menjawab sebarang soalan mengenai perihal peribadinya kepada umum.
Ibu tunggal kepada dua orang anak itu berkata, kehidupan peribadinya bukan untuk menjadi bahan berita atau tatapan umum.
“Dari awal pembabitan saya dalam dunia seni saya memang tidak berkongsi mengenai hal peribadi. Bagi saya ia bukan untuk dijadikan perhatian ‘orang luar’.
“Di media sosial pun saya tak pernah jawab apa-apa kalau orang tanya tentang peribadi kecuali kerjaya sebab rasanya memang tak perlu,” katanya kepada Gempak.
Tambah Fatin lagi dia tidak hairan jika dianggap takut atau bersalah apabila mendiamkan diri setiap kali dilanda kontroversi.
“Nak buat apa layan komen negatif? Kalau layan nanti jadi lagi panjang. Lagi pun lama-lama nanti diaorang penat, diaorang diamlah.
“Saya belajar banyak benda dengan media sosial ini, saya perhatikan bila kita diam dan buat tak tahu benda tak berlarutan serta terhenti sendiri.
“Cuma satu yang saya hairan, netizen ni kata tak suka, tak minat…tapi datang juga jenguk laman sosial saya dan tinggalkan komen.
“Komen pula kalau elok tak apa, bukanlah semua tapi ada lah yang suka memaki hamun tah apa-apa. Kalau tak suka tak payah lah follow, block je lah.
“Tapi saya senang saja, kalau dia tak nak block saya, saya yang block dia. Habis cerita,” katanya.
Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Juvana, Adam Shahz pada 2013, sebelum berpisah kira-kira empat tahun lalu dan memiliki sepasang cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Pelakon yang menempa nama menerusi filem Tentang Bulan ini ditemui ketika Majlis Pelancaran Butik Havaianas di Pavilion, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Pada majlis tersebut turut diumumkan pelantikan Fatin dan pelakon Nelydia Senrose sebagai duta produk tersebut.
Must-Watch Video