Penyanyi dan pelakon Sharul Kamal bersyukur kerana niatnya untuk beramal menjadi kenyataan.

Menurut Sharul, dia ingin memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan menggunakan kelebihan suara yang dianugerahkan Tuhan.

Menerusi akaun Instagramnya, Sharul berkongsi video pendek yang merakamkan dirinya sedang mengalunkan azan.

“Lusa dah puasa jadi aku ada sikit nak kongsi untuk bulan puasa ni antaranya azan. Aku harap nanti bila dah upload full dekat YouTube, korang boleh jadikan azan aku sebagai korang punya alarm atau apa-apa.

“Asalkan korang play. Aku tak minta lebih hanya nak korang tolong kongsi je nanti. Lagi ramai tahu lagi bersyukur. Nak buat saham akhirat je.

“Dosa tak sikit ni tapi bersyukur sebab Tuhan bagi aku nikmat ni jadi aku gunakan ke arah yang Dia suka. Insya-Allah.

“Moga puasa kali ni puasa yang paling bermakna dalam hidup kita semua. Aku upload sikit sebab ni je video yang ada dari cikgu aku @dausdrama. Tunggu full Ramadhan 2020,” kongsinya.

Assalamualaikum yo gink! Harini 22april & lusa dah puasa. So, aku ada sikit nak share untuk bulan puasa ni. Antaranya azan. Aku harap nanti bila dah upload full dekat youtube, korang boleh jadikan azan aku as a korang punya alarm or apa2. As long as korang play. Aku tak minta lebih, just nak korang tolong share je nanti. Lagi ramai tahu lagi bersyukur. Nak buat saham akhirat je gink. Dosa tak sikit ni tapi bersyukur sebab Tuhan bagi aku nikmat ni so, aku gunakan ke arah yang Dia suka In syaa Allah. Moga puasa kali ni puasa yang paling bermakna dalam hidup kita semua & btw @aepul.roza cakap nak buat #azanchallenge so, korang kena stay tune tunggu update dari kitorang./ aku upload sikit sebab ni je video yang ada dari cikgu aku @dausdrama Tunggu full Ramadhan 2020

A post shared by ‎بِسْمِ الله (@sharulkamal_) on


Terdahulu, Sharul sebelum ini menarik perhatian ramai selepas mengalunkan azan di sebuah masjid di Mesir.

BACA: “Meremang Bulu Roma, Merdu Macam Dalam TV” – Peminat Terpegun, Sebak Dengar Alunan Azan Sharul Kamal