Hiburan
"Nak Cakap Lebih-Lebih Pun Susah Sebab Kawan" - Fasha Sandha Tuntut Hutang Dekat Siapa?
Pelakon popular, Fasha Sandha memohon agar rakannya melunaskan hutang yang sudah lama tidak dijelaskan kepadanya.
Kenyataan itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Fasha, hutang tersebut sudah tertangguh lama dan dia pula yang berasa segan untuk meminta memandangkan individu tersebut adalah rakannya sendiri.
"Tolonglah bayar hutang saya, please lah, malas nak sebut nama tetapi sesiapa yang berhutang, terutama gaji tugasan saya berkurun dahulu dan duit pinjaman dari saya untuk macam-macam perkara, tolonglah bayar,
"Nak cakap lebih-lebih pun awak tu kawan saya, saya segan nak minta sebab kita berkawan namun apa yang saya lihat di Instagram, awak berjalan dan membeli-belah sana sini," tulisnya sebagai kapsyen.
Di entri yang sama, Fasha turut berkongsi sebuah video tazkirah mengenai isu hutang untuk renungan bersama.