Penyanyi yang terjun dalam bidang pengacaraan, Elly Mazlein tidak mempedulikan kritikan negatif netizen yang mendakwa dirinya gedik ketika menjadi hos.

Menjadi pengacara rancangan Mentor Otai, Elly bergandingan dengan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni.

“Sebagai orang baru, saya cuba memperbaiki kelemahan menerusi kritikan yang membina. Saya selalu bertanya kepada pihak produksi mengenai apa yang boleh saya tambah untuk memantapkan gaya pengacaraan.

“Namun begitu, saya enggan peduli dengan kritikan yang menjatuhkan dan menghina, lebih-lebih lagi dari netizen.

“Mereka nak kata saya gedik? Mereka tetap tonton juga saya menggalas tugas sebagai pengacara di kaca televisyen,” kata Elly.

Menyuntik gaya pengacaraan tersendiri, Elly mendapat maklumbalas yang baik dari pihak produksi.

“Saya menjadi diri sendiri dan semuanya dipantau oleh pihak produksi. Jika ada yang tak kena, pastinya pihak produksi sudah memberitahu saya.

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Saya akan mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Elly sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama bersiri Teratai Kemboja arahan Along Kamaludin.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elly