Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nak Cakap Sikit: Isu Bercumbu, Kenapa Yang Perempuan Je Disalahkan? Yang Lelaki Tak Ada Pula Yang Maki!

Fiza Kamarudin
04/09/2020 15:13 MYT
Sejak semalam kecoh di media sosial apabila video dua remaja bercumbu melibatkan anak kepada seorang penyanyi menjadi tular.

Seperti yang dijangka, remaja perempuan tersebut teruk dimaki, dicaci dan dihina warganet! Paling tak boleh terima, diheret sekali ibu kepada remaja ini.

Aduh! Dah kenapa dengan kau orang ni? Tak nampakkah ibu kepada remaja ini sudah membuat permohonan maaf dan mengakui sudah memberi didikan secukupnya kepada si anak.

Tapi warganet? Semakin galak mencaci maki! Menuduh si ibu itu dan ini? Allahu…Masing-masing bercakap macam diri tu maksum sangat dah.

Lupakah kalian juga memiliki anak perempuan, adik perempuan, sepupu perempuan atau bakal memiliki anak perempuan suatu hari nanti?

Cukup-cukuplah menghukum orang lain. Nak timbang tara dosa orang lain…Siapa kau?

Ni Nak Cakap Sikit…bukan main galak menyalahkan si gadis, serang media sosial dia. Sementara yang teruna? Sesuka hati muat naik sebuah lagi video tanpa rasa bersalah malah dengan penuh rasa bangga, apa cerita?

Tak mahu ulas lanjut, tetapi fikir-fikirkanlah. Akhir kata, jagalah anak lelaki masing-masing. Jangan ingat orang yang ada anak dara sahaja yang perlu tegur anak!

Tolong jelaskan kepada anak lelaki kita, yang seorang lelaki perlu menghormati wanita dan gadis macam mana dia menghormati ibu dia sendiri.

Jangan sesuka hati sentuh kawan perempuan atau cium budak perempuan. Tak salah didik anak dari kecil. Kalau si abang nak cium adik perempun, mintalah kebenaran adik dulu tanda hormat. Explain juga kepada anak lelaki bahagian mana yang boleh disentuh atau dilarang.

Akhir kata, jagalah keluarga kita sendiri jangan sibuk membawang hal orang sebab kadang-kadang kain sendiri carik, kita tak sedar!

#Nak Cakap Sikit #Anak Nora Bercium
;