Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nak Cepat Dapat Anak, Siti Badriah Makan Taugeh & Daging!

Amri Hassan
04/11/2019 07:10 MYT
Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi dangdut Indonesia, Siti Badriah punyai usaha sendiri untuk mendapatkan zuriat.

Kata pelantun lagu Lagi Syantik itu, dia percaya pada cara semula jadi iaitu sayuran dan daging demi mempercepatkan proses hamil.

"Taugeh beb, taugeh sahaja sudah cukup. Selain daging," katanya memetik laporan Brilio.net.

Walaubagaimanapun, penyanyi yang lebih mesra disapa Sibad itu tidak meletakkan sebarang target untuk menimang cahaya mata lelaki atau perempuan.

"Tak kisah apa sahaja rezeki. Kalau dalam lelaki atau perempuan Alhamdulillah, sebab nak dapatkan anak bukan mudah.

"Kalau diberikan kembar pun saya syukur," tambahnya.

Dalam pada itu, Sibad akui dia dan suami, Krisjiana turut merancang untuk mendapatkan rawatan daripada perubatan moden cuma bukan dalam tempoh terdekat.

Sibad juga kini lebih banyak meluangkan masa bersama suaminya dan mengurangkan aktiviti seni.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2019.
#Anak #Indonesia #Siti Badriah
;