“Nak Gelak Rasa Berdosa, Tu Rambut Ke Mop Lantai” – Foto Zaman Muda Zizan Razak Undang Tawa Netizen

Mya Amri
Januari 30, 2020 05:31 MYT
Pelawak dan pelakon Zizan Razak menjadi perhatian netizen selepas berkongsi foto zaman mudanya.
Foto yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya itu disertakan juga dengan kapsyen lucu.
Kata Zizan wajahnya mirip dengan penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie.
“Pengganti @ayieelhamf88 sudah ditemui. Penyanyi baru ini dikenali sebagai Ayam dan mungkin juga nama kumpulan Floor 88 akan ditukar nama kepada
Basement 88 ini supaya tidak mengelirukan peminat.
“Dan Basement 88 sekarang sedang sibuk merakam lagu baru mereka yang berjudul “setan hutang aku bila nak bayar hanat?!” Dan diharap semua peminat sabar menanti kemunculan kumpulan berbakat besar ini. #basement88 #floor88,” tulisnya
Ternyata foto tersebut mengundang tawa netizen yang rata-ratanya memberikan komen mengusik.
“Tu rambut ke mop lantai?” komen @niksyfiqul_
“Nak gelak cam dosa hahahahah tapi dah gelak ahahahahah,” tulis @ain.nabilaa
Selain netizen, foto tersebut juga turut mendapat komen rakan selebriti.
“Kalau tonggengkan ke bawah dah sebijik penyapu,” – Zulin Aziz
“Hahahahhahahahahahahhahaha sapa hati post gamba ni!” – Neelofa
Dalam perkembangan lain, Zizan kini sedang menjalani penggambaran untuk filem terbaru, Polis Evo 3.
#Pelawak #Zizan Razak