gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Mertua Mulut ‘Puaka’, Minta Menantu Mati Semasa Bersalin
BERITA
Berang Isteri Tak Angkat Telefon, Lelaki Paksa Anak Minum Air Mangkuk Tandas
BERITA
Lelaki Dipotong Kemaluan Gara-Gara Dituduh Guna…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Nak Guna Pun Tukarlah Nama" - Reen Rahim Berang Penggodam Masih Menyamar Guna Akaun Facebooknya Hampir 2 Tahun

ZULHILMI JALIL
ZULHILMI JALIL
30/07/2020
03:36 MYT
Sponsor Banner
"Nak Guna Pun Tukarlah Nama" - Reen Rahim Berang Penggodam Masih Menyamar Guna Akaun Facebooknya Hampir 2 Tahun
Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa berang apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab berterusan menyamar menjadi dirinya di Facebook.
Menurut Reen, akaun Facebook yang menggunakan nama 'Reen Rahim itu sebenarnya sudah tidak boleh diaksesnya selepas digodam kira-kira dua tahun lalu.
"Asalnya itu memang akaun Facebook saya yang sudah digodam. Dalam tu masih ramai lagi kawan-kawan saya yang tak tahu.
"Walaupun pihak tersebut tidak memburukkan saya, tetapi saya tengok dia ada buat khidmat reviu semua. Jadi, tak seronoklah bila orang yang berurusan dengan penggodam itu merasakan seolah-olah sedang berurusan dengan saya.
"Kalau sekalipun nak guna akaun itu, tukarlah nama tu. Jangan guna nama saya," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Menurut Reen lagi, dia kini hanya menggunakan akaun Facebook atas nama Reen Rahim Official sahaja.
"Akaun yang digodam tu pun selalu update sama dengan apa yang saya selalu kongsikan di media sosial," katanya.
Terdahulu, Reen menerusi satu entri di Instagram meminta peminatnya untuk tidak terpedaya dengan akaun Facebook yang menyalah gunakan nama dan gambarnya.
View this post on Instagram
Plz guys don’t trust,tolong lah report page nie ,dah kene hack bertahun and still menyamar jadi reen.masaalahnya review tah hape2.bodoh lah mnusia ni
A post shared by Reen Rahim (@reenrahim) on Jul 29, 2020 at 10:58am PDT
Sehingga kini akaun lamanya yang digodam itu mempunyai lebih 365,000 pengikut.
Rata-rata pengikutnya juga mengakui menyangkakan selama ini, itulah akaun Facebook rasminya.
"Ya ampun aku ingat akaun betul. Selama ni punyalah siap kata-kata manis di situ," komen salah seorang peminatnya.
Saksikan drama lakonan Reen Rahim di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
#Reen Rahim
#Facebook
#Godam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement