“Nak Ikut Sebiji Memang Tak Boleh, Lagu Itu Hebat” – Oja GV7 Bakal Bawa Lagu Anuar Zain Versi Sendiri?

Mya Amri
November 5, 2020 09:10 MYT
Bintang Gegar Vaganza (GV7) Oja akui agak sukar untuk membawakan lagu Ketulusan Hati nyanyian asal penyanyi popular Anuar Zain untuk konsert kelima yang bakal berlangsung Ahad ini.
Menyifatkan lagu itu sebagai sebuah karya yang cukup hebat, Oja memberitahu dia sendiri tidak pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini.
“Saya rasa dalam banyak-banyak minggu, lagu ini yang paling sukar sebab lagu Anuar Zain kot.
“Semasa saya mula-mula jumpa dia menyanyikan lagu itu… Memang sangat hebat. Nak ikut dia sebiji memang tak boleh.
“Saya harap saya dapat bawa versi sendiri dan harapnya orang dapat terima. Saya tak pernah menyanyikan lagu itu kecuali dalam bentuk humming.
“Saya juga sukakan melodi lagu itu tetapi nak nyanyi betul-betul memang tidak pernah,” jelasnya.
Oja berkata demikian menerusi video temu bual bersama pihak pengurusannya yang dimuat naik di laman YouTube rasmi Mind Oder.
Terdahulu, Oja berada di tangga ketujuh minggu lalu dengan peratusan markah sebanyak 63.00%.
BACA: Dua Penyingkiran, Eva dan Indigo Tinggalkan GV7
BACA: Corat-Coret GV7: Vibrato Berganda Rozita Izlyn, Tok Ram Kecek Kelate & Petikan Gitar Linda Nanuwil
BACA: GV7: Sipi-Sipi Rupanya Nomad, Indigo Dan Eva! Ini Recap & Komen Juri Minggu Empat
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
#Gegar Vaganza #Oja #GV7