Jenama radio No. 1 di Pantai Timur Malaysia, GEGAR, sedang mencari seorang penyanyi dari Pantai Timur melalui kempen Pentas GEGAR Deeja.
Pertandingan ‘Pentas GEGAR Deeja’ bertujuan mengasah bakat pemenang agar berkebolehan untuk menjejaki langkah bakat-bakat Malaysia yang lain seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Saleem Iklim, Man Khan, Rosalinda dan Adik Wani.
Bermula 9 hingga 29 September 2018, ‘Pentas GEGAR Deeja’ akan dijalankan secara eksklusif di laman media sosial.
“Sememangnya, bumi Pantai Timur merupakan lubuk yang kaya dengan bakat-bakat luarbiasa, dan mereka mempunyai potensi dan bakat yang mampu menggemparkan dunia hiburan. Namun, ramai yang masih belum berpeluang untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.
"Maka dengan itu, GEGAR mahu memberikan sebuah platform kepada mereka untuk memulakan perjalanan mereka sebagai penghibur tanah air,” kata Raja Nadia Salwana Raja Hisham selaku Pengurus Kandungan GEGAR.
Peserta yang berminat untuk mengambil bahagian dalam Pentas GEGAR Deeja perlu memuat naik sebuah video berdurasi satu minit ke laman sosial Instagram.
Penyertaan perlu dilengkapkan dengan menggunakan tanda pagar #PentasGEGARDeeja. Peserta yang berjaya ke pusingan seterusnya akan dijemput untuk berentap di pusingan akhir, dan bakal diberikan tunjuk ajar daripada artis-artis terkemuka dalam industri seperti Khai Bahar, Syameel dan Syafiq Farhain melalui sistem “Buddies”.
Selain itu, Man Khan dan Misha Omar turut dijemput sebagai juri diperingkat akhir.
Peserta juga harus memastikan bahawa laman sosial Instagram mereka diubah kepada umum (public) bagi membolehkan penyertaan mereka ditonton oleh para juri. Penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang GEGAR dan kempen-kempen yang bakal dijalankan, sila layari www.gegar.my atau kunjungi laman media sosial GEGAR di Facebook, Instagram dan Twitter.
Kamaruddin Razal
Thu Sep 13 2018
Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!