gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hadir Di Acara Pelancaran Minggu Fesyen KL Mens, Aliff Aziz ‘Lari’ Dari Ditemu Bual Media
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Nak Jimat Elektrik Ketika Total Lockdown? Ikuti Tips Dari TNB Ini...

Asraf Aided
Asraf Aided
02/06/2021
13:10 MYT
Sponsor Banner
Nak Jimat Elektrik Ketika Total Lockdown? Ikuti Tips Dari TNB Ini...
Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini berkongsi beberapa cara untuk menjimatkan penggunaan elektrik ketika tempoh 'total lockdown' seluruh negara yang bermula semalam.
Memetik laporan BERNAMA, Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, pengguna mempunyai cara untuk memantau dan menguruskan penggunaan elektrik di rumah untuk mengelakkan pembaziran dalam tempoh berkenaan.
"Bagi lebih 1.2 juta pelanggan TNB dengan pemasangan meter pintar, mereka boleh memanfaatkan data penggunaan elektrik harian menerusi aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan tenaga elektrik di rumah," katanya.
Dalam pada itu, antara saranan beliau, pelanggan TNB boleh menutup komputer selepas digunakan, berhenti mengecas komputer riba apabila bateri sudah penuh dan memastikan semua pintu dan tingkap ditutup ketika menggunakan pendingin hawa.
"Selain itu, tetapkan penentu tempoh masa pada pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga, mencuci penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukkan, dan gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan," kata beliau lagi.
Orang ramai boleh memperoleh info mengenai penggunaan elektrik dan cara penjimatan menerusi portal TNB www.mytnb.com.my.
Untuk pemantauan penggunaan tenaga semua peralatan elektrik secara terperinci, pengguna boleh melakukannya menerusi MAEVi (maevi.my).
Sementara untuk pertanyaan berkaitan bil pula, orang ramai boleh menghubungi talian CareLine 1300-88-5454 atau layari Facebook TNB CareLine dan Twitter @Tenaga_Nasional.
Kredit Foto: Malay Mail
Topic Berkaitan
#TNB
#Elektrik
#Total Lockdown
#Jimat Elektrik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement