Nak Jimat Masa Ketika Bercuti, Tiga Lokasi Yang Anda Boleh Kunjungi Dengan Hanya Menaiki Kereta Api
Asyraf Roslan
21/09/2024 13:25 MYT
21/09/2024 13:25 MYT
Musim cuti sekolah ini mesti ramai yang membuat perancangan untuk bercuti di dalam dan juga luar negara.
Selain cuti-cuti Malaysia, ada juga yang memilih untuk berkunjung ke negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
Untuk anda yang tak mahu tempuh kesesakan lalu lintas dan malas nak pandu jauh-jauh jangan risau sebab anda kini boleh pilih untuk menaiki kereta api.
Kalau rasa nak makan nasi kandar atau rendang tok di Perak, anda sebenarnya boleh menggunakan perkhidmatan ETS.
Anda boleh ambil perkhidmatan ini di KL Sentral dan berhenti di Ipoh dan juga Butterworth, Pulau Pinang.
Ada pelbagai tempat menarik yang anda boleh terokai di Ipoh antaranya Kellie’s Castle, Gua Tempurung, dan Taman Rekreasi Gunung Lang.
Kalau berkunjung ke Pulau Pinang pula anda boleh lawati The Habitat, Bukit Bendera, Cheong Fatt Tze Mansion, The TOP Komtar dan Batu Ferringhi
Tetapi bagi anda yang mahu membuat perjalanan ke Hat Yai, Thailand kereta api adalah pilihan terbaik yang menjimatkan.
Untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hat Yai, anda perlu menaiki dua kereta api. Kereta api pertama ialah perkhidmatan ETS dari KL Sentral ke Stesen Padang Besar, di mana anda akan melalui pemeriksaan imigresen Malaysia dan Thailand.
Tiket ETS dari KL ke Padang Besar berharga antara RM81 hingga RM110 untuk dewasa dan RM42 untuk kanak-kanak, bergantung kepada kelas yang dipilih.
Sebaik tiba di Padang Besar, anda boleh menaiki kereta api sambungan terus ke stesen Hat Yai, yang mengambil masa kurang dari satu jam.
Tiket dari Padang Besar ke Hat Yai berharga sekitar RM13.
Tiket dari Padang Besar ke Hat Yai berharga sekitar RM13.
Di Hat Yai, pelancong boleh menerokai beberapa tempat menarik seperti Pasar Terapung Hat Yai yang meriah, Wat Hat Yai Nai yang menampilkan patung Buddha gergasi setinggi 35 meter, serta Tasik Songkhla, tasik semula jadi terbesar di Thailand.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati makanan jalanan tempatan yang terkenal dan melawat Pasar Kim Yong yang tradisional.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati makanan jalanan tempatan yang terkenal dan melawat Pasar Kim Yong yang tradisional.