Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Nak Jual Ubat Kurus Ke Ubat Pemutih Ke Apapun Boleh, Cuma..." - Mustaqim Bahadon Tegur Perbuatan Peniaga Online

Asraf Aided
27/09/2018 11:26 MYT
Menerusi entri di Instagram, pelakon Mustaqim Bahadon menegur tindakan peniaga online yang sering mempromosikan produk mereka di hampir setiap gambarnya di laman sosial tersebut.

"Nak jual ubat kurus ke, krim pemutih ke apa pun produk boleh, cuma jangan nak hantar di setiap gambar saya boleh?" tulisnya.

Melalui kenyataan itu, pelakon ini mungkin berasa tidak selesa dengan perkara tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi respon positif dan memintanya untuk bersabar dalam mengendalikan hal sebegitu.

Mustaqim mula menjejak kaki di industri hiburan tanah air pada tahun 2010 dan semakin dikenali selepas membintangi filem dan drama tempatan sehingga kini.
#Mustaqim Bahadon