Laman Utama

Nak Ke Mana Tu? PLUS Jangka 1.9 Juta Kenderaan Sehari Hujung Minggu Ini!

Amri Hassan
07/10/2022
07:22 MYT
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan berikutan kira-kira 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya kendaliannya setiap hari bermula Jumaat ini hingga Isnin berikutan cuti sambutan Maulidur Rasul.
Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata sejak beralih ke fasa peralihan ke endemik, PLUS telah merekodkan jumlah trafik harian sepertimana tempoh prapandemik iaitu purata 1.7 juta kenderaan setiap hari pada hari biasa dan pada masa ini, trend menunjukkan lonjakan 1.9 juta kenderaan pada hujung minggu dan menjangkakan ia berterusan ketika hujung ini dan cuti sambutan Maulidur Rasul.
"Kami jangkakan banyak pengguna jalan raya akan mengambil kesempatan cuti hujung minggu selama tiga hari, trafik akan meningkat dan dijangka banyak perjalanan yang jauh. Oleh itu, kami menasihatkan pelanggan membuat persediaan dan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik.
"Sebelum memasuki lebuh raya, sebaiknya tambah nilai kad Touch 'n Go anda dan pastikan e-Wallet (bagi mereka yang menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio) mempunyai baki yang mencukupi untuk mengelak kesulitan ketika keluar di plaza tol," katanya.
Untuk merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini, pelanggan lebuh raya boleh melayari laman web www.plus.com.my selain Facebook dan Twitter @PLUSTrafik.
Foto: Lowyat net
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

gempak
17/07/2024
16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.
Berita

Kompaun Trafik DBKL Naik Mulai 1 Julai

gempak
30/06/2024
08:58 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan trafik berkuat kuasa 1 Julai ini.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Berita

Jangan Gaduh Di Jalan Raya, PLUS Buka 18 Lorong Smart Lane Sempena Aidilfitri

gempak
08/04/2024
11:55 MYT
Sempena musim perayaan ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan 18 lokasi ‘Smart Lane’ di sepanjang lebuh rayanya untuk menampung peningkatan jumlah trafik.
Berita

"Tambahan Hari Kelepasan Am Jadikan Aidilfitri Lebih Teratur" - MTUC

gempak
29/03/2024
23:26 MYT
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpandangan hari kelepasan am tambahan pada 12 April akan menjadikan suasana Aidilfitri lebih teratur.