Hiburan
"Nak Kecam, Kecam La ..." – Terus Berkarya, Instafamous Viral Prank Gelang Pink Tak Peduli
Personaliti media sosial, Chazynash tidak kisah dengan kecaman diterima selepas tular video lakonan memakai gelang pink di tempat awam.
Advertisement
Menurut Chazynash, dia tetap akan terus berkarya walaupun tidak disukai oleh segelintir pihak.
"Jadi kepada pengunjung-pengunjung baru, selamat datang ke Instagram saya. Jangan segan-segan 'follow' saya.
"Tak suka video saya, nak kecam, kecam lah. Apa jadi pun, saya tetap akan terus berkarya. Terima kasih kepada semua yang sokong, alhamdulillah syukur.
"Nak cakap pasai isu sensitiviti, ampa pi 7E tolong la pakai sentiasa 'mask'. Masuk kedai runcit walaupun sat ja, tolong la 'scan' mysejahtera.
"Ampa pi cucuk duit kat bank, tolong jaga jarak 1 meter. KITA JAGA KITA! Baru betul. Sekian," tulisnya di Instagram (IG).
Entri yang hampir mendapat 25,000 liked (tanda suka) itu turut memuat naik foto bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak.
Video menimbulkan kontroversi itu turut mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Memetik laporan Astro Awani, Ismail Sabri berkata individu berkenaan membuat kesalahan kerana mempunyai niat untuk menipu orang ramai.
Justeru, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Terdahulu tular aksi instafamous itu yang memakai gelang pink di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan netizen.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video