Nak Kejar Lisa ke? Baru Buka 7 Bulan Instagram Jennie Kini Cecah 12 Juta Pengikut

Mya Amri
Januari 31, 2019 09:12 MYT
Pengikut laman sosial Instagram (IG) anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie kini mencecah 12 juta.
Jumlah itu menjadikan Jennie sebagai anggota kedua mempunyai pengikut teramai selepas Lisa yang kini mempunyai 14.2 juta pengikut.
Jennie telah memuat naik sebanyak 207 posting sejak akaun itu mula dibuka pada Jun 2018.
Posting pertamanya merakamkan dirinya bersama tiga anggota BLACKPINK iaitu Lisa, Jisoo dan Rose sedang melakukan aksi lucu ketika bergambar.
Difahamkan, jumlah pengikut IG Jennie bertambah dengan pantas selepas hubungan cintanya bersama anggota EXO, Kai didedahkan awal tahun lalu.
Bagaimanapun, hubungan pasangan ini tidak bertahan lama dan mengambil keputusan untuk berpisah selepas empat bulan bercinta.
BACA: Jodoh Tak Lama, Kai & Jennie Berpisah Selepas Empat Bulan Bercinta
Dalam perkembangan lain, BLACKPINK akan hadir ke Malaysia pada 23 hingga 24 Februari depan untuk konsert BLACKPINK 2019 World Tour [In Your Area] Kuala Lumpur.
Konsert tersebut bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang.
Foto: Instagram @jennierubyjane
#Artis Korea #Blackpink #Jennie