,
Hiburan

“Nak Keluar Beli Barang Dapur, Doakan Saya Selamat Mendarat” - Que Haidar Pinjam Sut Angkasawan Linda Jasmin

Azwa Rahman
06/04/2020
10:31 MYT
Pelakon Que Haidar mencuri perhatian wargamaya apabila tampil dengan sut angkasawan sebagai persediaan untuk keluar memberi barangan keperluan harian.
Menerusi laman sosial Instagram, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 40, berkongsi beberapa keping foto untuk tatapan umum.
“Jap lagi nak pergi beli barang dapur. Dari pengkalan angkasa 1 dan akan mendarat di Dataran Palma. Dijangka mendarat jam 8.43 pagi esok.
“Membeli belah di Giant Ampang Point, doakan saya selamat mendarat semua sahabat,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, difahamkan sut angkawawan tersebut sebenarnya merupakan kostum penari isterinya yang juga guru tarian terkenal Linda Jasmin.
“Baju ni daripada bilik kostum saya. Ada beberapa helai macam ni. Lepas Perintah Kawalan Pergerakan ni bolehlah sewa,” tulis Linda di ruangan komen.
Rata-rata pengikut terhibur dengan aksi Que bersama sut angkawasan isterinya di rumah.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 5,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sambut Hari Jadi Ke-23, Ramai Terpesona Tengok Kacaknya Anak Teruna Linda Jasmine, Qalif Khan! - "Cepat Dia Besar, Helok Betul"

gempak
31/01/2023
06:57 MYT
Memang helok!
Laman Utama

Que Haidar Menangis 3 Kali Tonton Filem Lakonan Michelle Yeoh!

gempak
19/01/2023
03:55 MYT
Kenapa tu?
Laman Utama

Boleh Tukar Watak Sekelip Mata! Bakat Lakonan TikToker Sabah, Sakinah Ondu Dapat Perhatian Que Haidar

gempak
05/09/2022
04:33 MYT
Live Sakinah vs Ondu ni tak pernah tak lucu ya guys.
Laman Utama

Istimewa AidilAdha, Lebai Sampan Kata Que Haidar: “Cuit Sikit Sini, Tanpa Tembak Memb*bi Buta”

gempak
09/07/2022
12:49 MYT
Wajib tonton malam ni!
Laman Utama

Jayakan Lebai Sampan, Que Haidar Gementar Jumpa Beto Kusyairy: “Sempat Makan Nasi Lemak 3 Suap Saja”

gempak
05/07/2022
04:50 MYT
Que Haidar muncul dengan telefilem Lebai Sampan.
BorakSeeni