“Nak Keluar Beli Barang Depan Tu Pun Tiga Jam” - Mat Dan Kongsi Situasi Raya, Menyesal Tak Naik Motor
Mya Amri
06/05/2022 01:27 MYT
06/05/2022 01:27 MYT
Sama seperti selebriti lain, penyampai radio Molek.FM, Mat Dan juga mempunyai kenangan lucu sewaktu menyambut hari raya di Terengganu.
Menurut Mat Dan, antara momen yang paling diingatinya adalah apabila terpaksa menempuhi kesesakan jalan raya yang teruk walaupun hanya mahu membeli barang di sebuah kedai serbaneka berdekatan.
“Kalau di Terengganu, raya kedua memang tidak boleh nak bergerak, saya ingat lagi silap saya tiga tahun lepas.
“Saya nak keluar pergi beli barang, mereka dah pesan suruh saya naik motor sahaja sebab takut kesesakan lalu lintas tetapi saya kata tak apa.
“Rupa-rupanya nak pergi seven eleven yanh dekat dengan rumah pun ambil masa tiga jam, kereta tak bergerak!
“Waktu itu saya kata, alahai menyesalnya saya… Tapi bagi saya itulah yang buat seronok sebenarnya, pengalaman raya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Mat Dan juga menyatakan rasa seronok kerana dapat berkumpul bersama keluarga selepas dua tahun Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan.
“Mungkin puasa dan raya saya tidaknada banyak nostalgian seperti orang lain. Yang saya ada adalah memori menyambut Krismas (sebelum memeluk Islam) pada ketika itu.
“Namun jangan salah faham bukan bermakna saya nak sambut Krismas, tetapi bagi saya waktu itu Krismas adalah waktu berkumpul beramai-ramai bersama keluarga jadi sama lah seperti orang Melayu menyambut raya.
“Saya seronok menyambut hari raya cuma untuk memori raya sebelum itu tiada dan di Terengganu pula rumah keluarga isteri saya.
“Keluarya mereka pula besar jadi kemeriahan itu memang terasa sangat. Alhamdulillah selepas dua tahun, kita dapat balik raya.
“Tetapi disebabkan kerja saya hanya dapat cuti dua hari sahaja, tapi tak mengapalah kita kan cari rezeki,” jelasnya.
Mat Dan atau nama penuhnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah telah berkahwin dengan Nadifa Adnan pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zayne Taylor dan Eydan Yusoff.