Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Nak Keluarkan Duit Tapi Duit Tak Ada

Asyraf Roslan
04/10/2024 12:55 MYT
Seorang lelaki mengamuk dengan sebilah parang di sebuah bank di Kalimantan Timur, Indonesia selepas dihalang untuk mengeluarkan wang simpanannya.

Dia dikhabarkan mahu mengeluarkan wang yang berjumlah 100 juta Rupiah (RM 272,945) namun dia sebenarnya tidak mempunyai akaun simpanan di bank tersebut.

Beberapa orang yang berada di tempat kejadian cuba menenangkan lelaki berkenaan, namun usaha mereka gagal kerana situasi menjadi semakin tegang disebabkan senjata tajam yang dibawa oleh pelaku.
Lelaki tersebut telah bertindak merosakkan kaca pintu masuk bank dan memecahkan sebuah mesin ATM.

Tindakan pantas pihak keselamatan bank telah berjaya melumpuhkan pelaku sebelum dia menimbulkan lebih banyak kerosakan atau mencederakan sesiapa yang berada berdekatannya.

Selepas berjaya ditangkap, lelaki tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Menerusi video yang tular, ada yang mengecam tindakan lelaki tersebut namun ada juga yang meluahkan keprihatinan terhadap kesihatan mental pelaku.
#Indonesia #Duit #Keluar Duit #Lelaki Mengamuk
;