Laman Utama

“Nak Kena Balut Dengan Toto Narita Agaknya” - Khairulaming Stress, Parcel Sambal Nyet Asyik Pecah

gempak
Mya Amri
15/01/2023
14:45 MYT
Sponsor Banner
“Nak Kena Balut Dengan Toto Narita Agaknya” - Khairulaming Stress, Parcel Sambal Nyet Asyik Pecah
Pempengaruh yang kini bergelar usahawan, Khairul Amin Kamarulzaman atau dikenali sebagai Khairulaming meluahkan rasa kesal dengan khidmat penghantaran barang yang cuai sehingga menyebabkan botol sambalnya pecah.
Menurutnya, bungkusan tersebut terlebih dahulu sudah dibalut dengan sejenis pembalut tebal namun botol Sambal Nyet itu masih pecah dan gagal dihantar dengan baik.
Jelas Khairulaming lagi, isu tersebut bukan kali pertama berlaku malah beberapa bungkusan lain sebelum ini juga menerima nasib yang sama.
“Aku stress betul lah jnt ni. Rasa dah balut parcel bukan main tebal macam bantal dah. One by one parcel pecah.
“Pos laju elok je handle parcel. Kalau ada isu pun memang diaorang take responsibility. Ni entah ke berapa dah kes parcel pecah dengan jnt. Nak kena balut parcel dengan toto narita agaknya,” luahnya menerusi hantaran di Twitter.
Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama seperti Kahirulaming.
Malah ada yang pernah membuat aduan, namun tidak berpuas hati dengan jalan penyelesaian diberikan.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang kenyataan dan komen dari pihak syarikat penghantaran berkenaan.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024