Penyanyi dan pelakon jelita, Ayda Jebat mendedikasikan ucapan bersempena sambutan Hari Polis yang diraikan semalam.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram Ayda, pelantun lagu Mana Ada Hati itu berharap agar semua anggota polis terus bersemangat.

??‍♂️?? . Selamat Hari Polis Ke-213. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia. . AJ Force di belakang memerhati Pokemon-Pokemon yang masih keluar bersiar-siar, melepak dan membeli-belah. Stay Selfish? Nak kena quarantine berapa lama lagi? ? . #AydaJebat #StayAtHome #XenoCares #AJForce #MacamPlayerPUBG #PokemonPokemonDegil

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on


"Selamat Hari Polis Ke-213. Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia," tulis Ayda.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Better Than You itu juga turut memberi peringatan kepada mereka yang masih ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.

"AJ Force di belakang memerhati Pokemon-Pokemon yang masih keluar bersiar-siar, melepak dan membeli-belah. Stay Selfish? Nak kena quarantine berapa lama lagi?" tulisnya lagi.


Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melanjutkan PKP sehingga 14 April 2020, di seluruh negara.

Sekadar info, Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 1,796 orang dengan 20 rekod kematian.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Jangan lupa saksikan drama yang pernah dilakonan Ayda di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.