Nak Kenal Tapi Malu - Yuna Kongsi Detik Pertama Bertemu Adam

Syafiqah Jalal
Ogos 11, 2017 02:23 MYT
Penyanyi Yuna berkongsi kisah pertemuan pertama bersama tunangnya, Adam Sinclair.

Menerusi akaun Instagramnya, Yuna memberitahu dia mengimbas kembali detik tersebut sempena ulang tahun Adam yang ke-32 semalam.

Kata Yuna, perasaan ingin mengenali Adam timbul apabila kali pertama bertemu jejaka itu namun malu untuk memulakan langkahnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen ramai menyukai kisah cinta Yuna dan Adam, mereka juga menyifatkannya sebagai pertemuan yang sangat 'sweet'.

Terdahulu, pasangan ini telah selamat bertunang pada 5 Ogos lalu.

Teks oleh: Mya Amri

#Penyanyi #Yuna #Penyanyi #Tunang #Yuna Adam