Pelawak dan pelakon, Azlee Senario berkongsi pengalaman melakonkan watak sebagai tok penghulu dalam filem Kampung Latah Kena Kuarantin.

Menurut Azlee, wataknya kali ini agak mencabar kerana perlu berhadapan dengan mereka yang kuat melatah.

“Saya memegang watak sebagai tok penghulu, pada saya ini merupakan satu pengalaman yang baru bagi walaupun saya dah banyak kali membawakan watak seperti ini.

“Pada saya tok penghulu kali ini memang yang paling berbeza, untuk mengawal mereka-mereka yang kuat melatah ini merupakan satu cabaran hebat bagi saya.

“Tapi apa pun saya dengan tenang dan selamba mengawal penduduk-penduduk di Kampung Latah ini,” kata sewaktu ditemu bual untuk video sebalik tabir filem ini.

Jadi yang mana belum tengok tu jangan lupa tau tonton Kampung Latah Kena Kuarantin di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).

Anda juga boleh strim Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai.

Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).

Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha).

Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati.

Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan.

Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian.

Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.