Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nak Kurus Punya Hal, Penyanyi Dangdut Juwita Bahar Diet Sampai Koma 15 Hari

Maliah Surip
08/01/2021 00:45 MYT
Penyanyi dangdut dari Indonesia, Juwita Bahar membuat pengakuan mengejutkan kepada pihak media republik itu baru baru ini.

Perempuan berusia 24 tahun ini mengaku pernah koma selepas menjalani rutin diet ekstrem sewaktu berusia 10 tahun.

Antara rutin diet melampau yang dilakukan anak kepada penyanyi dangdut Annisa Bahar ini adalah berhenti makan nasi atau mengambil karbohidrat selama dua tahun sebelum akhirnya memakan diri.

Juwita koma selama 15 hari, yang menurutnya dia tidak sedar sedang sakit kerana tindakan diet ekstrem yang dilakukan.

Menurut laporan Detik.com, Juwita berhenti makan nasi selama dua tahun untuk memastikan penampilannya cantik. Padahal pada waktu dia mengamalkan diet tak sihat tersebut, usianya baru 10 tahun. Dia bagaimanapun menyentuh makanan yang mempunyai protein.

Namun perbuatannya itu telah membuatkan imun badannya menurun dan kesihatan yang memburuk sehingga terkena serangan virus pada bahagian otak sekaligus membuatkan dirinya koma.

Dia mendakwa dirinya koma kerana tidak mendapatkan karbohidrat yang cukup. Sejak peristiwa itu, dia kembali menjalani pemakanan yang lebih sihat.

Kini, Juwita masih melakukan diet, namun dia mula memahami untuk menjalani diet pemakanan yang sihat.

Selain sudah kembali makan nasi, Juwita hanya menjauhi garam dan gula untuk memastikan bentuk tubuhnya kekal langsing.

Instagram: @juwitabaharsanjaya11

#Indonesia #koma #Diet Ekstrem #Dandgut #Juwita Bahar #Karbohidrat
;