BERITA
"Nak Langgan 10 Hari Berturut-Turut" - Baru Keluar Teaser, Tapi Ramai Dah Tak Sabar Nak Tonton Jebat!
Masih berbaki enam hari lagi sebelum tayangan rasmi filem Jebat, namun sudah ramai yang tidak sabar mahu menonton karya yang menampilkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose selaku teraju utama itu.
Semuanya, gara-gara video teaser filem arahan Jamal Khan yang dikongsikan barisan pelakon di Instagram mereka.
Mana tidaknya, hanya selepas enam tahun penantian, karya yang merupakan kesinambungan daripada drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu diangkat ke filem.
Rata-rata mereka merupakan penonton setia yang pernah mengikuti jalan cerita drama berkenaan.

"Wow! Tak sabarnya nak tengok.
"Yes! Ini yang dok tunggu-tunggu ni bang..
"Sumpah tak sabar..yang ku tunggu-tunggu Jebat.
"Pasti tengok mamu..Ini Jebat. Saya dan isteri sangat minat, tak sabar.
"Pergh mantap. Cepat tayangkan..nak langgan 10 hari berturut-turut punya ni," tulis sebahagian komen netizen.
