Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

"Nak Malu Apa?" - Nurul Zahid Mengaku 'Potong Usus', Pernah Cecah Berat 100 Kilogram!

Amri Hassan 13/02/2021 | 05:55 MYT
Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah mendedahkan beliau pernah mengalami masalah berat badan mencecah 100 kilogram.
Ekoran masalah berat badan berlebihan itu, Nurul Hidayah mengambil keputusan mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan bariatrik (pintasan perut) kira-kira 11 tahun lalu demi kesihatan.
“Sejujurnya, saya mengaku kepada orang ramai bahawa melakukan prosedur kecilkan kantung perut.
“Saya menjalani pembedahan bariatrik Sleeve Gastrectomy (kategori gastrektomi lengan).
"Kita nak cerita, bukan nak jadi manusia negatif. Kita nak cerita kalau buat proses potong usus ker kecilkan perut ker janganlah beritahu exercise. Janganlah bagitahu diet atau makan produk kurus jenama sendiri.
"Pendapat saya, berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potong usus/kecilkan perut? Bukan untuk kecantikan pun untuk kesihatan,” jelasnya menerusi laman sosial Instagram @nurul.zahid baru-baru ini.
Selepas prosedur itu, Nurul Zahid berjaya mengurangkan berat badannya dari 100kg hingga 58kg dalam tempoh setahun setengah.
"Kalau memang cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi dengan prosedur macam yang saya beritahu tadi lebih cepat dan kita lebih sihat. Tu jer.
“Saya tak tipu, malah turut memberi cadangan kepada individu yang obesiti untuk buat (bariatrik). Tak mahal pun sebab pada 11 tahun lalu kos prosedur sebanyak RM15,000. Sekarang dah mahal, tetapi berbaloi.
“Saya makan sedikit saja kerana perut tak boleh terima makanan dalam kuantiti yang banyak,” ujarnya lagi
Perkongsian jujur Nurul Zahid mengenai pengalaman melakukan bariatrik pendapat respon positif daripada warga maya. Majoriti teruja bertanya lebih lanjut pro dan kontra mengenai prosedur terbabit.
Antaranya, ada followers yang memikirkan kesan pada kulit badan selepas menjalani prosedur bariatrik sama ada ia akan mengelebeh ataupun tidak.
“Soalan yang bagus. Ia bergantung kerana kalau gemuk jawapannya, ya. Cuma lepas tiga bulan kena rajin bersenam.
“Lakukan facial urut muka. Kalau malas bersenam pergi menjalani urutan badan dua kali seminggu bagi mengelakkan kulit kendur,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi ruangan IG Stories pula beliau menjawab pertanyaan daripada warga maya yang bertanyakan tentang selera makan selepas pembedahan.
“Selepas menjalani pembedahan selera makan tak menurun kerana keinginan untuk menikmati makanan itu sentiasa ada.
“Memang saya stres sebab apabila makan akan muntah. Saya mengambil masa selama setahun untuk membiasakan diri dengan situasi ini. Jadi saya makan dalam kuantiti yang sedikit,” jawab beliau.
#Nurul Zahid #Bariatrik #Potong Usus
;