Berita
"Nak Mandikan Anak Ambil Masa 45 Minit" - Sheikh Muszaphar Akui Rutin Harian Jadi 'Haywire' Sejak PKP
Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar mengakui rutin hariannya dalam menguruskan anak-anak sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berubah jadi tidak teratur
Bahkan, kata Dr. Sheikh Muszaphar, dia juga merasakan seolah-olah dirinya kini turut menjadi seorang yang kurang berdisiplin, tidak seperti kelaziman.
"Selalunya ia merupakan satu tugasan yang mudah, namun sejak PKP, ia memerlukan saya mengambil masa 45 minit untuk memandikan anak-anak.
"Mereka asyik nak berlari, terlalu banyak aktiviti dan berseronok sewaktu lockdown ni, semua rutin jadi 'haywire' (tak teratur)
"Mandi lambat, makan lambat, tidur lambat, bangun lambat. Mungkin saya pun dah hilang sifat disiplin terhadap diri...cuba untuk mendisplinkan mereka," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam posting tersebut, beliau turut berkongsi rakaman video yang memaparkan gelagat dirinya melayan anak-anak untuk dimandikan.
"Bagaimana anak-anak anda di rumah? Ada sesiapa berdepan dengan masalah yang sama?," soalnya kepada pengikut di Instagram.
Bagaimanapun, di ruangan komen, rata-rata mengakui berdepan masalah yang sama seperti yang dilaluinya sepanjang tempoh PKP.
"10 hari pertama je jadi haywire, semua orang nampak tak terurus. Sekarang ini, saya set waktu 'sekolah' untuk mereka di rumah.
"Sama juga. Bangun lambat cuti ni, Kadang-kadang dah set nak buat aktiviti lain, tapi jadi lain. Macam manalah nak kembali ke rutin asal lepas ni," kata sebahagian netizen.
Dr. Sheikh Muszaphar berkahwin dengan Dr. Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat orang anak, Sophea Isabella, Sophea Natasha serta anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Apapun, sepanjang tempoh PKP, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!