Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nak Masak Lauk Kenduri Kahwin Tapi Tiada Air? Satu Flat Jadi Kalut!

Shahrin Zulkifle
02/08/2022 06:00 MYT
Bayangkan, tengah kalut melakukan persiapan majlis perkahwinan tiba-tiba tiada air?

Itulah kisah yang terjadi dalam filem komedi terbaru arahan Yusuf Yunus berjudul Kalut Nak Kahwin yang bakal ditayangkan pada 4 Ogos ini.

Kalut Nak Kahwin membawa tema kisah kemasyarakatan tentang kehidupan penduduk rumah flat dalam suasana konflik ketiadaan air semasa majlis kenduri kahwin.

Menurut pelakonnya, Amerul Affendi menyifatkan filem ini sangat dekat dengan kehidupan realiti masyarakat yang sememangnya berlaku pada hari ini.

“Cerita ini sangat dekat dengan masyarakat kita hari ini, kita mengkritik masyarakat bila berhadapan dengan sesuatu masalah dan bagaimana mereka ingin tangani masalah tersebut.

“Dengan mengambil latar belakang masyarakat di perumahan flat, ketika majlis perkahwinan mereka akan gemar untuk merewang berbanding mengambil catering.

“Jadi apa yang berlaku dalam filem ini, isu utama adalah ketiadaan air. Saya pasti masalah ini pernah di alami oleh orang di luar sana.

“Kita kongsikan banyak solusi yang boleh diguna pakai masyarakat di luar sana jika berhadapan situasi terputus bekalan air, lebih-lebih lagi jika pada waktu penting seperti majlis kahwin,” kongsi Affendi.

Selain Amerul Affendi, filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Salih Yaccob, Kartina Aziz, Dee Al-Hadi, Anas Ridzuan, dan ramai lagi.

Tambah Affendi, Kalut Nak Kahwin turut mengajar penonton tentang nilai kemasyarakatan yang mampu dipupuk sesama manusia.

“Apabila berlaku situasi kalut begini, kita dapat lihat suasana masyarakat saling bantu-membantu antara satu sama lain.

“Mereka sedaya upaya mencari solusi yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang berlaku biarpun dalam keadaan kecoh.

“Dekat situ kita dapat lihat semangat kerjasama dan nilai manusia masih wujud pada hari ini,” tambahnya.

Saksikan filem Kalut Nak Kahwin bermula 4 Ogos menerusi saluran Astro First (480). Untuk tonton banyak lagi movie menarik langgan Astro First sekarang.

A post shared by Astro First (@astrofirst.official)


SINOPSIS

Tibanya di hari majlis pernikahan dan persandingan Munirah keadaan menjadi kalut apabila kawasan flat perumahannya mengalami gangguan air. Sebagai anak sulung, Mustakim berusaha menyelesaikan masalah dan memastikan hari bahagia adiknya dapat diteruskan.

Sementara itu, Pak Lang yang ditugaskan sebagai ketua rewang lebih kalut kerana tidak dapat menyediakan semua juadah hidangan buat tetamu yang akan hadir beberapa jam sahaja lagi.

Bukan itu sahaja, tetapi telah berlaku pelbagai insiden seperti kebakaran, tok kadi yang mempunyai urusan lain dan pelamin tak siap. Atas semangat kejiranan, semua penduduk flat cuba membantu walaupun semuanya dalam keadaan kalut.

#Astro First #Anas Ridzuan #Amerul Affendi #Aloy Paradoks #Farok Hussain #Filem Kalut Nak Kahwin #Kalut Nak Kahwin #Kartina Aziz #Kisah Rumah Flat #Sallih Yaacob
;