Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Nak Masuk Sarawak? Ini Tatacara Baharu Yang Harus Anda Tahu

Awani 27/03/2022 | 22:48 MYT
Sarawak merupakan antara destinasi perlancongan popular tidak kira sama ada dari pelancong tempatan mahupun luar negara.

Namun bermula 1 April depan terdapat beberap tatacara baharu bagi penggembara antarabangsa.

Penggembara antarabangsa yang mahu memasuki Sarawak pada April depab perlu menjalani saringan RTK Antigen sebaik sahaja tiba di pintu masuk negeri ini dan menanggung sendiri kos tersebut.

Bagaimanapun kemasukan terus dari Singapura adalah dikecualikan daripada prosedur tersebut, tetapi masih perlu menjalani ujian calitan RT-PCR dua hari sebelum berlepas ke Sarawak.

Begitulah penerangan yang diberikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Ahad.

Berdasarkan garis panduan baharu buat pengembara luar negara itu, JPBN Sarawak turut menetapkan pengembara yang didapati positif COVID-19 dan tidak melengkapkan suntikan vaksinasi juga perlu menanggung kos kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), selain kos pengangkutan jika melakukan isolasi di rumah .

Kemas kini baharu prosedur operasi standard (SOP) ini juga menetapkan individu di bawah 18 tahun tidak perlu dikuarantin mengikut status vaksinasi atau hanya mengikuti status vaksinasi ibu bapa dan penjaga.

"Pengembara kanak-kanak di bawah usia enam tahun juga dikecualikan saringan RTK Antigen semasa ketibaan di pintu masuk Sarawak," kata JPBN Sarawak.

Dalam pada itu menerusi kenyataan yang sama, JPBN turut mengklasifikasikan status lengkap vaksinasi buat tujuh jenis vaksin terpilih.

"Status lengkap vaksinasi bagi vaksin jenis Pfizer, Moderna, Astra Zaneca, Covaxin, Covishield, Novavax, Sputnik V adalah selepas mendapat suntikan dos yang ketiga.

"Sementara bagi vaksin Sinovac dan Sinopharm, individu dewasa 18 hingga 59 tahun dikira lengkap vaksinasi dengan dua dos, manakala warga emas usia 60 ke atas perlu tiga dos," jelasnya.

Tambahnya, vaksin jenis Cansino, Janssen dan Sputnik Light buat individu dewasa 18 tahun hingga 59 tahun pula hanya memerlukan satu dos sahaja untuk dikategorikan sebagai berstatus lengkap.

Manakala, dua dos bagi warga emas 60 tahun dan ke atas dibawah penggunaan vaksin yang sama.

Sumber: AWANI

#Sarawak #Pelancong Antarabangsa #Penggembara antarabangsa
;