Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nak Masuk Universiti Tapi Tiada Wang? Jom Dengar Saranan Kak Ngah Patin!

Fiza Kamarudin
11/02/2022 04:20 MYT
Tidak dinafikan, semua pelajar mengimpikan untuk menyambung pengajian di menara gading. Ia umpama kemuncak dari segi akademik sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Namun, bukan semua ibu bapa berkemampuan, ada yang terpaksa menjual harta benda, bekerja lebih masa dan macam-macam lagi untuk menyara yuran pengajian anak di universiti.

Itulah yang sering kita lihat dalam masyarakat, ibu bapa sanggup berkorban dan rela diri mereka serba kekurangan demi melihat anak-anak berjaya.

Tapi, situasi di mana ibu bapa terpaksa bergolok gadai mungkin lebih banyak berlaku pada zaman dahulu. Sekarang, dengan PTPTN, urusan pembiayaan pendidikan di universiti sememangnya menjadi lebih mudah!

Nak tahu bagaimana? Jom tanya Kak Ngah Patin!

Eh tapi sebelum tu…Siapa pula Kak Ngah Patin? Apa pula kaitan Kak Ngah Patin dengan semua ini?

Kalau anda nak tahu, Kak Ngah Patin adalah seorang gadis yang manis, ceria, berpengetahuan dan mempunyai persona diri yang menarik. Kak Ngah Patin ikhlas menolong, dia juga mudah memahami dan mendengar masalah orang.

Menariknya, Kak Ngah Patin tahu macam-macam tentang PTPTN tau. Dia juga bijak menyampaikan kesedaran tentang perkhidmatan PTPTN kepada masyarkat. Senang cerita, Kak Ngah Patin ni memang berpengetahuan luas mengenai PTPTN.

Selain itu, Kak Ngah Patin juga adalah “wajah dan suara” PTPTN ni tau.

Jadi, kepada pelajar yang ingin atau sedang melanjutkan pelajaran di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk dengar apa yang bakal diberitahu oleh Kak Ngah Patin! Nak tahu lebih tentang info penting disampaikan oleh Kak Ngah Patin? Jom tonton video di bawah ini!

#Gaya Hidup #Advertorial #PTPTN
;