"Nak Mati, Jangan Drag Orang Lain" - Rampasan 1,900 Sijil Vaksin Palsu Di Terengganu, Netizen Luah Rasa Kecewa!
Azwa Rahman
10/01/2022 08:12 MYT
10/01/2022 08:12 MYT
Polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu dengan merampas kira-kira 1,900 sijil.
Memetik laporan Harian Metro, Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri yang membawa kepada penahanan seorang doktor lelaki berusia 51 tahun di sebuah klinik swasta di Marang, pada 7 malam kelmarin.
Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, serbuan dilakukan hasil maklumat diterima mengenai penipuan mengeluarkan sijil vaksin kepada golongan tidak mahu disuntik atau golongan anti vaksin.
Tambah beliau, suspek dipercayai berurusan dalam talian sejak September lalu dengan setiap suntikan dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.
"Setakat ini, terdapat kira-kira 1,900 individu yang terbabit mendapatkan sijil ini dan kita sedang menyiasat sama ada semuanya tulen atau sebaliknya," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
Di laman Twitter, ramai wargamaya meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap tindakan pihak klinik swasta yang didakwa menjual sijil vaksin palsu tersebut.
“If its confirm fake, revoke his license, sue him together with the fake vaccine card recipient pls. Nak mati sorang-sorang, jangan drag orang lain,” komen seorang wargamaya.
“Kalau betul ini dalang kes umrah haritu, takut implikasinya pada kita, saudi arabia kurangkan kuota haji tahun - tahun depan. goodbye la plan nak pi haji,” luah seorang wargamaya.
“1900 x RM. 400 = RM 760,000. Wah. Sapa cakap antivaksin tak kaya,” ujar seorang wargamaya.
“Sembang vaksin agenda yahudi tapi perangai pon dah serupa yahudi,” kata seorang wargamaya.
“Perbuatan ini sepatutnya tidak berlaku, ini adalah satu perbuatan yang memalukan profesyen. Jika disabitkan kesalahan, hukuman setimpal mesti dikenakan. Pihak @MY_MedCouncil perlu menarik lesen doktor ini. Dan, jangan dilupa buat mereka yang beli, juga perlu ada tindakan,” tulis seorang wargamaya lagi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.