Nak Melancong Ke Pulau Langkawi? Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin & Minta Kebenaran PDRM Dulu!
Fiza Kamarudin
09/09/2021 22:44 MYT
09/09/2021 22:44 MYT
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan orang ramai yang ingin melancong ke Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.
Nancy berkata, mulai 16 September ini, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara yang memenuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bagaimanapun, katanya kebenaran ini tidak terpakai kepada yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Selain terhad kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin, antara SOP yang perlu dipatuhi pengunjung ialah ia mestilah percutian secara harian, bermalam, dengan tempahan penginapan atau tiket masuk yang dibuat lebih awal, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.
Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan pula adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut, dan pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP.
Dalam pada itu, kata Nancy, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang telah lengkap divaksinasi.
Dalam masa sama, perlindungan insuran serta saringan COVID-19 juga adalah tidak diwajibkan.