Bercuti merupakan salah satu cara untuk anda menimba pengalaman baru dalam kehidupan.

Kadangkala, anda hanya mahu bersendirian menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan dan meneroka tempat baru ketika bercuti.

Anda mahu bercuti dan melancong secara solo? Mungkin beberapa tips mudah di bawah ini boleh anda ikuti bagi memudahkan percutian anda!

1. Rancang Perjalanan

Sebelum memulakan aktiviti kembara secara solo, anda perlukan perancangan yang baik!

Buat kajian mengenai destinasi yang bakal anda lawati serta lakukan persiapan secukupnya sebelum anda terbang ke lokasi yang dihajati.

2. Internet

Perkara ini paling penting di zaman yang serba canggih ini! Apa kata sebelum anda terbang, sewa peranti 'portable wifi' di lapangan terbang.

Ia memberikan anda perkhidmatan internet dengan mudah di destinasi yang ingin anda kunjungi. Paling tidak, anda harus membeli kad sim tempatan setibanya anda di lokasi terbabit, asalkan ada perkhidmatan internet!

Kalau ada apa-apa terjadi, lakukan carian mudah di Google dan kekal berhubung dengan orang yang tersayang!

3. Bawa Apa Yang Perlu

Pastikan anda mengemas beg anda dengan cermat! Gunakan bagasi yang mudah dibawa kerana anda melancong berseorangan dan jangan lupa untuk menyediakan segala peranti!

Barangan seperti baju yang mencukupi, ubat-ubatan, power bank serta barangan penting lain jangan dilupa. Ha, selfie stick atau tripod juga penting kerana ia memudahkan anda mengambil gambar sendiri.

4. Alert, Alert, Alert!

Sentiasa berwaspada kerana apa sahaja boleh terjadi, lebih-lebih lagi jika anda melancong seorang diri. Sentiasa awasi pergerakan anda dan perhatikan atau kaji terlebih dahulu sesuatu perkara yang anda tak pasti.

Tidak salah untuk berkawan dengan kenalan baru yang anda kenali di destinasi pelancongan anda, tetapi harus beringat yang anda berseorangan! Lebih baik mencegah daripada mengubati!

5. Kuat Mental & Fizikal

Ini sememangnya harus menjadi salah satu perkara utama yang anda harus lakukan sepanjang sesi kembara solo anda.

Jika anda berjaya untuk mengekalkan kekuatan mental dan fizikal dalam kadar yang baik sepanjang perjalanan, Insya-Allah semuanya berjalan lancar!

Kredit foto: Wandrd.com