Nak Melaram Seperti Adiwira Raya Ini? Fareeda Keluarkan Tudung Superman, Batman & Wonder Woman

Amri Hassan
Mei 21, 2018 09:59 MYT
Unik dan tersendiri! Pelopor syarikat tudung popular, Fareeda mengeluarkan koleksi hijab berkolaborasi dengan DC Comics Super Heroes.
Pengasas Fareeda, Mawar Karim memaklumkan menerusi akaun media sosial Instagramnya, koleksi tiga rekaan tudung terbaharunya itu terdiri daripada adiwira Batman, Superman dan Wonder Woman.
Koleksi 3 Super Hero itu boleh didapati bermula 17 Mei hingga 13 Jun 2018 di Johor Bahru City Square, Johor Bahru, Johor.
Netizen menerusi akaun Instagram dan Facebook rasmi Fareeda memuji kreativiti hijab yang dihiasi batu jemeki mengikut lambang adiwira pujaan ramai itu.
Malah, ada yang teruja dan sudah tidak sabar untuk memiliki hijab 3 Super Hero itu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @mawar_karim, Facebook Fareeda... Nyata Jelita
#Viral #Tudung #Fareeda #Viral #Batman #Superman