Berita
Nak Menang Jam Tangan Rotary Bernilai RM12,000? Ikuti 3 Langkah Mudah ini!
Pernah tak anda terfikir untuk memiliki jam tangan mewah bernilai ribuan ringgit? Kini anda tidak perlu bermimpi kerana dengan hanya duduk di rumah sambil melayan media sosial Instagram (IG) anda boleh memiliki jam tangan idaman.
Sempena menyambut ulang tahun ke-125, jam tangan mewah dan bergaya jenama Rotary Watch kini mengadakan satu peraduan #GrabRotaryWatch dan menariknya 10 utas jam tangan bernilai RM12,000 disediakan untuk anda menangi.
Peraduan #GrabRotaryWatch yang hebat ini akan bermula 30 November ini dan berakhir pada 23 Disember 2020.
Nak tahu bagaimana cara mudah untuk memenangi jam tangan mewah dari Switzerland ini? Senang sahaja, ikuti 3 langkah mudah berikut:
#1 Ikuti IG @rotarywatchmy
Musim Perintah Kawalan Pergerak Bersayarat (PKPB) ini pasti ramai banyak meluangkan masa di rumah sambil melayari laman sosial bukan? Sambil anda duduk bersantai apa kata anda ikuti jenama jam tangan Rotary ini di IG.
#2 Komen
Selepas ikuti @rotarywatchmy di IG, apa kata anda luangkan masa sedikit sahaja untuk menulis pandangan anda tentang apakah makna ‘masa’ sepanjang PKPB di post ini.
3# Tag rakan anda!
Kemudian kongsi post ini di IG Story dan tag @rotarywatchmy serta sekurang-kurangnya 3 rakan anda yang lain di laman sosial tersebut.
Mudah sahaja bukan? Tapi jangan lupa sebelum hendak menyertai peraduan ini, pastikan akaun anda dalam tatapan umum. Jangan ‘private’ pula!
Anda pasti tidak akan menyesal kerana Rotary Watch yang berasal dari British ini akan menghadiahkan seutas jam tangan untuk setiap pemenang.
Hadiah yang disediakan merupakan 10 jenis model jam tangan yang berbeza eksklusif dari Rotary Watch sesuai untuk sang pemilik lelaki mahupun wanita.
Setiap satu jam tangan Rotary Watch yang disediakan bernilai purata lebih kurang RM1,000 untuk dimiliki
Menariknya ia terdiri daripada model jenis Henley Chronography, Havana, Sloane, analog dan quartz yang tampil sangat bergaya dan elegan.
Secara am, semua perincian jam Rotary dilapisi sama ada dengan kaca sapphire atau kaca mineral yang tahan calar. Ia sekaligus membuktikan jam ini bukan sahaja mempunyai gaya tetapi juga tahan lasak.
Semua model mempunyai tali jam tangannya yang selesa untuk dipakai dan tidak mudah karat kerana ia merupakan besi jenis stainless steal
Selain itu bagi fungsi chronograph dan penanda jam tangan yang bercahaya pula membuatkan pemakai yakin dalam setiap langkah dalam hari-hari yang dilalui.
Ciri-ciri lain seperti peraturan slaid putar terperinci yang detail dan dail kontras menjadikan jam tangan ini mudah dibaca untuk pengiraan yang lebih tepat.
Kesimpulannya Rotary Watch sesuai untuk semua golongan sama ada yang sukakan gaya klasik atau sporty.
Jadi tunggu apa lagi? Sertai peraduan #GrabRotaryWatch sekarang sebelum ia tamat pada 23 Disember dan menangi jam tangan berniai sehingga RM12,000!
Pemenang bertuah #GrabRotaryWatch akan diumumkan pada 30 Disember 2020.
Rotary Watch juga boleh didapati dengan mudah melalui aplikasi atau web Shopee sekarang! Jangan lupa klik disini untuk pembelian anda!