Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Nak Menginap Di Hotel? Ini 4 Langkah Anda Wajib Lakukan Untuk Cegah COVID-19!

Hanafis Haris 10/06/2020 | 10:01 MYT
Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan bukanlah tiket atau 'lampu hijau' buat kita rakyat Malaysia melanggar segala amalan yang dilakukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Biarpun sudah boleh merentas negeri dan bercuti, ia bukan bermaksud kita boleh melupakan segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.
Namun, jika anda berhasrat untuk bercuti serta menginap di hotel, anda mungkin perlu mengikuti langkah bijak yang disarankan sebuah laman Facebook Public Health Malaysia ini.
#1 Hanya pilih hotel yang mematuhi SOP
Jadilah pelanggan yang tegas, elakkan menginap hotel atau tempat penginapan yang memandang ringan isu COVID-19.
Sekiranya perlu, laporkan kepada pihak berkuasa.
#2 Sediakan cecair disinfeksi atau bawa spray disinfeksi
Sebagai langkah persediaan, bawalah 'sanitizer' sendiri sekiranya hotel anda tidak menyediakan bahan cecair berkenaan.
#3 Semburkan di tombol pintu, tandas, katil, permukaan yang sering di sentuh
Sebelum membenarkan anak kecil berlegar di dalam bilik, cuba ambil masa beberapa minit untuk sembur 'sanitizer' di kawasan yang kerap disentuh.
Biarpun pihak hotel sudah membersihkan ruang bilik, namun mungkin ada kawasan atau bahagian yang mereka terlepas pandang.
#4 Buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit untuk pengudaraan dan pencahayaan
Aliran udara membolehkan bilik lebih segar dan terhindar daripada suhu yang terlalu lembab.
Kesemua langkah ini mungkin nampak 'paranoid', namun anda tidak tahu siapa yang menggunakan bilik tersebut sebelum ini,.
Jadi ambil langkah pencegahan sebaik mungkin!
#Hotel #PKPP #Cuti-Cuti Malaysia
;