Dalam keterujaan menanti kelahiran cahaya mata keduanya bersama Mawar Rashid, Raf Yaakob tidak melepaskan peluang untuk menambah ilmu perniagaan di dada.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Raf berkongsi kenangan sewaktu belajar di luar negar dahulu dan pengalamannya mendalami ilmu baru ketika ini.

"Raf terjumpa gambar 11 tahun lepas. Gambar ni waktu Raf baru graduate di University of Technology, Sydney. Raf 4 tahun belajar kat sana.

"Raf ambil jurusan Sports and Management. Meluas topic dia. Antara yang Raf belajar adalah dalam jurusan Business Management, Sports, Wellness dan Nutrition," tulis Raf pada entri bergambar bersama ibunya.

Menurut Raf, selepas tamat pengajian Degree, dia menyambung pula ke Master's in Business Administration (MBA).

"Tapi semua tu tak cukup. Nak meniaga ni kena ada ilmu (pemasaran digital) digital marketing. Sekarang ni Raf masuk pulak kelas-kelas online marketing. Berguru dan menimba ilmu pulak dengan mentor-mentor dan sifu-sifu hebat.

"Sekarang ni era zaman semuanya bermula dari smart phone. Siapa yang dapat kuasai skills and ilmu online marketing, dialah king, dialah queen," kata Raf lagi.

Raf terjumpa gambar 11 tahun lepas. Gamba ni waktu Raf baru graduate di University of Technology, Sydney. Raf 4 tahun belajar kat sana. Raf ambil jurusan Sports and Management. Meluas topic dia. Antara yang Raf belajar adalah dalam jurusan Business Management, Sports, Wellness dan Nutrition ♻️ • Lepas Degree, Raf sambung MBA pulak. Tapi semua tu TAK CUKUP. Nak meniaga ni kena ada ilmu digital marketing. Sekarang ni Raf masuk pulak class2 online marketing. Berguru dan menimba ilmu pulak dengan Mentor2 dan Sifu2 hebat ?? • Sekarang ni era zaman semua nya bermula dari smart phone. Siapa yang dapat kuasai skills and ilmu online marketing, dia lah KING ?? dia lah QUEEN ?? SETUJU TAK??

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on


Ketika ini, isterinya Mawar Rashid sudah mempunyai perniagaan alat solek tersendiri di bawah jenama Mawarose yang mengeluarkan lip & cheek serum.