Laman Utama
“Nak Murah Panggil Jela Saya, Jangan Panggil Faizal Tahir” - Anas Tahir Kecewa Sering Dimalukan
Adik kepada penyanyi terkenal Faizal Tahir, Anas Tahir meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila ada segelintir pihak yang cuba memandang rendah serta meremehkan dirinya.
Anas Tahir atau nama penuhnya Anas Mohd Tahir, 38, mengaku dia berkecil hati apabila wujud pihak yang mempergunakan dirinya sebagai ganti kepada abangnya.
“Saya rasa sudah-sudahlah asyik meremehkan saya jika saya pergi ke suatu acara majlis.
“Cukup-cukuplah asyik cakap, “Eh faizal takde ke? Kalau Faizal takde, adik pun jadilah”
“Janganlah dekat majlis tu kalau saya dah datang mewakili abang saya, awak boleh pulak berucap dekat atas, “sebenarnya kita mengharapkan kehadiran Faizal, tapi ada adiknya pun takpe lah” ujarnya.
Menerusi video yang dimuat naik di akuan Tiktok miliknya, Anas turut menambah, ada juga yang menelefon dirinya dan mempersoalkan jumlah bayaran jika ingin menjemput Faizal Tahir sebagai tetamu undangan.
“Die telefon pihak Faizal, lepastu die telefon saya pulak mengadu mahalnya abang awak.
“Habist u nak buat macam mana, sebab Faizal ada nama, ada crowd dia sendiri, bukan macam saya, saya crowd pun takde.
“Saya cakap kalau nak mahal panggil Faizal , kalau nak murah panggil saya je. Lepastu bila saya dah datang, dia malukannya saya dekat situ pulak” katanya.
Anas turut menyatakan bahawa dia sedaya upaya untuk menjaga hati pihak penganjur, namun apa yang menyedihkan dia menerima yang sebaliknya apabila asyik diperlekehkan di majlis tersebut.
Anas berharap agar perkara ini tidak akan berulang kerana dikhuatiri akan mendatangkan salah faham dan menjadi punca pertelingkahan di antara dia dan Faizal.
@aanastahirr SAYA MINTA MAAF YANG TAK SETUJU DENGAN SAYA.INI SESI LUAHAN PERASAAN / CURHAT APA YANG TERBUKU SEKIAN LAMA.MINTA MAAF SEKALI LAGI #luahanhati #curhat #hahaha ♬ original sound - AnasTahir
Must-Watch Video