“Nak Mustang, Tapi Saya Bagi Mercedes-Benz Dulu”- Datuk Vida Hadiah Kereta RM200,000 Sempena Birthday Cik B Yang Ke-13

Syafiqah Jalal
Julai 12, 2018 04:40 MYT
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida sekali lagi telah mencuri perhatian apabila menghadiakan kereta mewah Mercedes-Benz CLA 180 kepada anak perempuannya Cik B.
Kereta mewah itu dihadiakannya sempena ulang tahun kelahiran Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang ke 13 tahun.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadi Vida, dia memuat naik video rakaman Cik B memandu kereta mewah itu buat pertama kali.
Menurut Vida, Cik B sebelum ini meminta dihadikan kereta lumba jenama Ford Mustang, namun ia tidak dapat ditunaikan.
“Nak Mustang, tapi saya bagi Mercedes-Benz dulu,” tulis Vida dalam kapsyennya.
Rata-rata netizen dan peminatnya bangga dengan pemberian Vida kepada anaknya itu.
Hasil carian di laman sesawang, harga kereta mewah tersebut bernilai lebih kurang RM200,000.
]
Foto: IG Vida
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Datuk Vida #Mercedez Benz #Cik B #Mustang