"Nak Nyanyi, Menyanyilah, Kita Tak Kisah Pun. Tapi Abang Belut Letrik Ni..." - AmyZa Aznan Penat Orang Tak Faham Bahasa
Badrul Hashim
12/02/2020 03:00 MYT
12/02/2020 03:00 MYT
'Perang mulut' antara pelakon Amyza Aznan dan Aliff Syukri nampaknya bertambah hangat apabila apa yang ingin disampaikan oleh Amyza seolah diputarbelitkan.
Menjadi lebih panas juga menurut Amyza apabila Pembantu Peribadi kepada Dato' Seri Aliff Syukri turut masuk campur.
"Tak reti bahasa. Lepas tu spin. Sama naik dengan p.a dia. Tak payah nak cakap youtube channel aku takde orang tengok. Kau nak kata viewers aku tak berjuta. Soccay!
Tapi aku tak malu nak upload kat channel aku sebab tu content anak aku menyanyi and my son, a way better than your boss si belut letrik tu! Aku tak jual aib orang untuk view and I don't sell cheapskate contents for living!" tulis Amyza.
Menurut Amyza, dia tidak kisahpun jika Aliff Syukri mahu menyanyi kerana ramai juga orang di luar sana yang minat menyanyi. Tetapi apabila Aliff Syukri minta diiktirafkan di peringkat Anugerah Juara Lagu (AJL), ramai yang tidak faham.
"Yang kami tak faham kenapa cuba nak mengganggu masuk campur dalam urusan AJL. mereka bukan juri karaoke, bukan juri pertandingan peringkat tadika.
AJL adalah acara berprestij yang terdiri daripada orang-orang yang pakar dalam bidang mereka. Siapa dia untuk mempersoalkan pertandingan besar seperti AJL?
Dan bagi saya if dia nak cakap suara dia sama sedap macam Anuar Zain ke, Faizal Tahir ke, Ernie Zakri ke, terpulang. Dia nak cakap suara dia macam Mariah Carey tarafnya pun saya terhibur!" tulis Amyza lagi.
Cuma pada Amyza, apabila menyentuh bab kerjaya serta bidang kerja orang lain seperti AJL, ianya melampaui batasan.
"Memang dia kaya raya tetapi janganlah semua pun dia nak tibai sama rata. Bisnes dan industri seni satu bidang yang sangat-sangat jauh berbeza," tambah Amyza.
Baca: "Nak Nyanyi Juga Belut Letrik Ni.." - Amyza Aznan Kritik Aliff Syukri Tak Habis-Habis Ceroboh Industri, Suruh Jadi Penerbit Je