Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Nak Pergi Konsert Dalam Masa Terdekat? Jangan Lupa Ikut 6 Tips Mudah Ini!

Muhammad Ridhwan Roslan 16/05/2023 | 15:35 MYT
Sejak akhir-akhir ni, kita kerap melihat ramai artis lokal mahupun luar negara merancang untuk mengadakan konsert di ibu kota, baik konsert berskala sederhana atau besar-besaran.
Apabila kita menyebut perihal konsert, sudah pasti pelbagai bayangan muncul di kepala bukan? Namun, sedar atau tidak, ada banyak ‘details’ yang anda perlu ambil tahu sebelum bergerak menghadiri mana-mana konsert oleh artis kegemaran.
Jom kita semak 6 tips mudah ini!

#1 Beli tiket lebih awal

Pastikan tiket konsert dibeli lebih awal. Jangan tunggu sampai tiket hampir habis atau harga tiket naik. Anda boleh membeli tiket melalui laman web rasmi konsert atau mana-mana pihak yang menjual tiket yang sah. Ingat, pastikan yang original tau! Kalau yang cetak rompak ni, alamatnya dating nanti duduk luar je lah.

#2 Kenal pasti lokasi

Sebelum ke konsert, pastikan anda sudah mengenal pasti lokasi konsert serta arah untuk ke sana. Selain itu, anda juga perlu tahu lokasi tempat letak kereta atau sistem pengangkutan awam yang boleh membawa korang ke konsert tersebut. Sentiasa bersedia dengan pelbagai pilihan.

#3 Pakai pakaian yang sesuai

Pastikan anda mengenakan pakaian yang sesuai untuk ke konsert. Lagi menarik jika anda boleh sesuaikan pakaian dengan tema konsert tersebut atau mengikut cita rasa peribadi masing-masing. Pastikan juga pakaian yang dipakai adalah selesa dan mudah untuk bergerak. Kalau tak, anda akan ‘moody’ sepanjang konsert.

#4 Bawa makanan dan minuman yang dibenarkan

Untuk yang ini, anda perlu semak dengan pihak penganjur. Jika dibenarkan, pastikan anda membawa makanan dan minuman yang dibenarkan sahaja. Kebanyakan konsert membenarkan pengunjung membawa botol air yang kosong dan makanan ringan seperti biskut. Tetapi pastikan anda memeriksa terlebih dahulu syarat-syarat konsert untuk mengelakkan sebarang masalah.

#5 Bawa alat keperluan kecemasan

Apa yang paling penting, sediakan alat keperluan kecemasan seperti ubat-ubatan dalam beg. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku semasa konsert, jadi lebih baik bersedia dengan alat-alat keperluan yang penting. Kemalangan tidak mengira tempat atau masa untuk berlaku. So pastikan korang ready ok?

#6 Datang lebih awal

Bila anda sudah tahu di mana lokasi konsert, anda boleh datang lebih awal. Hal ini membolehkan anda mencari tempat duduk yang terbaik atau tempat berdiri yang paling selesa. Selain itu, datan awal juga membolehkan anda mengelak kesesakan sewaktu mencari tempat letak kereta atau kesesakan jalan raya bagi menuju ke lokasi konsert.
Akhir kata, pergi ke konsert adalah pengalaman yang menyeronokkan dan mengasyikkan. Pastikan anda bersedia dan mengambil langkah-langkah yang perlu sebelum pergi ke konsert. Dengan itu, barulah anda boleh menikmati pengalaman konsert secara lebih tenang dan memuaskan.
Enjoy!
#Konsert #Tips
;